.quickedit{display:none;}

Popular Posts

Tuesday, December 21, 2010

Oh Teganya


Akhirnya kau pun pergi
Biarkan ku disini
Ternyata kau juga tak punya hati
Di hati tak terperi  Sedih ku telan sendiri
Mau marah tapinya sama siapa?

Kini aku disini
Cuma sendiri
Tiada yang mencari
Sampai hati
Sampai begini
Kau tak peduli
Oh teganya

Apakah salah dan dosaku
Mengapa s’mua tinggalkan ku
Mau marah tapinya sama siapa?

Kini aku disini
Cuma sendiri
Tiada yang mencari
Sampai hati
Sampai begini
Kau tak peduli
Oh teganya

Rap:
Pedih ku tak terbendung
Langit ku mendung tiada berujung
Kemana berlindung

Sekarang engkau pun pergi
Kenapa begini hatiku sedih
Ku sendiri…

Kini aku disini
Cuma sendiri
Tiada yang mencari
Sampai hati
Sampai begini
Kau tak peduli
Oh teganya!

Pantun Anak Rantau

Naik sampan nak ke seberang
Pergi bersama dengan di dara
Hamba dagang di negeri orang
Jauh dari sanak saudara

Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga.

Ke Kuala Sedili mencari kerang
Kerang di bawa di dalam perahu
Sungguh jauh di rantau orang
Menangis di hati siapa yang tahu

Air diangkut di dalam timba,
Menyiram bunga tanam merata;
Usah diikut rasanya hiba,
Rindu tak terubat dek airmata.

Buah delima tingalnya satu
Tempat bersarang semut dan kerengga
Sunguhpun jauh beribu batu
Namun yang tercinta dikenang juga

Puas saya menanam ubi
Nenas juga ditanam orang
Puas sudah kutanam budi
Emas juga dipandang orang

Lebat pinang di pinggir Kampung
Masak setangkai letak di peti
Sedih hati mengenang untung
Jauh merantau mencari rezeki

Anak puyuh patah lah kaki
Memagut selasih dipinggir kali
Susah payah dagang mencari rezeki
Rahmat kasih Allah luas sekali

Girangnya hati sang teruna
Bertemu dara di hujung bendang
Apalah ada pada hamba
Rupa tiada harta pun kurang

Baik-baik meniti bendang
Tanah yang lecak licin sekali
Rupa tiada harta pun kurang
Hanya ilmu penyuluh diri

Burung terbang diatas perigi
Sampan kolek penuh kelapa
Mencari ilmu di tempat tinggi
Namun asal ku tidak ku lupa

Daun gelenggang pengubat santau
Pohonnya condong tumbuh berjejeran
Anak dagang asing di rantau
Jangan lupakan desa kelahiran.

Source: melayu.com

Monday, December 20, 2010

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

15 RAHSIA WANITA YANG ANDA PERLU TAHU..

  1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata,  itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
  7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
  8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.





Sunday, December 19, 2010

Resah Tanpamu

Sayang aku tahu
Kita tak banyak bicara
Kau jauh disana
Ku menyimpan tanya

Sayang aku tahu
Kita tak banyak bertemu
Namun hanya kamu
Yang ada di hati

Reff :

Jangan sampai kau lukai hatiku
Aku resah lalui waktu tanpamu
Jangan sampai kau ragukan cintaku
Aku takkan membuatmu terluka

Ragu.. percayalah

Sayang aku mau kita
‘kan slalu menyatu
Walau kadang rindu
Menyiksa batinku

Sayang aku mau
Jangan pernah kau meragu
Walau aku jauh
Hatiku untukmu

Back To Reff 

Long distance

Dari Jauh

Puisi ini ditujukan khas buat seseorang yang jauh tapi dekat di hati....





Dari jauh, aku memandangmu

Lewat semua mata hatiku


Dari jauh, aku mengagumimu
Lewat semua kisah tentangmu

Dari jauh, aku mengkhayalkanmu
Tanpa peduli kata hatiku

Dari jauh, aku larut dalam suka citamu
Bagai bertemu air jernih dipadang tandus

Dari jauh, aku hanyut dalam dukamu
Bagi tersesat dalam mimpi buruk

Dari jauh, kukirim do'a untukmu
Do'a tulus, do'a tak bersyarat
Dari jauh, kulukis engkau dalam tidurku
Lewat beragam bunga tidurku

Dari jauh, aku titipkan hatiku padamu
Agar kau senantiasa setia padaku

Tentang Shino Rei

Assalamualaikum...aku Shino Rei atau nama sebenar ialah Norbaizura Sarkawi. Lahir pada tahun 1984 di bumi Benak  a.k.s Sri aman, Sarawak. Seperti yang diramalkan oleh Dato' Fadzillah Kamsah, aku memang seorang yang sensitif, mudah kecik ati, cepat marah tapi cepat jugak sejuknya. Aku jugak seorang yang sangat- sangat suka berangan.. hehhah.

Sekarang bekerja sebagai seorang pendidik di sekolah teknik pertanian di Sabah. Walaupun bukan lah menjadi impian dan cita-cita ku sebagai seorag pendidik tapi Allah telah menetapkan rezeki ku di dalam bidang ni. Aku pasrah dan terima ketentuan nya dengan hati yang redha (yeke? insyallah.. heheh)  

Aku paling tak berapa suka melalui rutin yang sama dalam kehidupan ku. sebab nya aku ni seorang yang cepat boring.( mcm yg Dato' Fadzillah Kamsah ckap lh)  Seperti pompuan lain, aku suka shoping (i like...), suka melancong (kaki jalan..) dan yang paling aku suka ialah meluangkan masa dengan individu-individu yang aku sayang. Aku seorang berdikari dan tak suka seseorang yang suka merengek a.k.a anak emak...